Bagaimana Membuat Produk Pelindung Matahari yang mengandungi SPF
Picture from Google Images |
Today we will be talking about SPF.
Hari ini kita akan bercerita tentang SPF pulak ya.
What is SPF?
SPF is 'sun-protecting factors'. These SPF is something that is a measure on how well our sunscreen works to protect us from UV rays.
Apakah itu SPF?
SPF ialah 'sun protecting factor'. SPF adalah satu jenis unit yang digunakkan untuk mengukur betapa kuatnya produk pelindung matahari kita melindungi kulit kami dari sinar UV matahari.
Why do we need protection from UV Rays?
Because if you dont have protection against this, these rays can cause aging, sunburn, or worse skin cancer.
Mengapa kita memerlukan Perlindungan dari Sinar UV?
Sebab kalau takde perlindungan dari Sinar UV ni, kulit kita cepat menjadi tua, kurang bermaya, dan mungkin boleh mendapat kanser kulit.
How do we get these SPF?
Every skin have different' natural' spf. It all depends on ur skin type. One of the way ones sees how much of 'spf' the skin naturally has is by looking at how 'dark' the person is. If you are dark; it means that you have more melanin. If you have more melanin, it means you have more natural SPF, as compared to someone thats fairer and have lesser melanin.
Bagaimana nak Mendapatkan SPF?
Kulit kita sebenarnya memang dah ada natural SPF. Ia bergantung kepada kulit. Kalau nak tau berapa SPF kulit kita ni dah ada, anda hanya perlu lihat betapa 'gelapnya' kulit kita itu. Orang yang berkulit gelap selalunya mempunyai lebih banyak melanin. Lagi banyak melanin kita tu, lagi tinggi lah SPF natural kulit kita berbanding dengan orang yang berkulit cerah yang mempunyai melanin yang kurang.
How do we calculate SPF?
SPF is calculated based on number. If you realise in the market there is many sunscreen that has a number behind SPF. Like SPF 10, or SPF50 etc. These basically means how long you can stay in the sun without getting 'burned'. Lets say like for me. I know that i get 'reddish' skin after 20-25 mins being exposed to the sun in Malaysia. So if lets say i put on a SPF 10 sunscreen. What will happen is that it will protect me for 10x more than my 'natural' skin SPF.
Calculation:
10 x 20 min = 200min (3 hours 20 min)
That means that i will have to reapply my sunscreen every 3 hours to avoid getting sunburn or i can apply something with higher spf.
Bagaimana nak Mengira SPF?
SPF ini Di Kira menggunakan nombor sebagai sukatannya. Jika anda sedar kat pasaran sekarang semua SPF ada nombor seperti SPF 10, atau SPF 50 etc. SPF ni bermaksud berapa lama anda boleh tahan di bawah sinaran matahari sebelum 'terbakar'. Katakanlah untuk saya; saya boleh tahan dibawah sinaran matahari selama 20 min sebelum muka menjadi merah di Malaysia. Oleh itu 'SPF' natural kulit saya di Malaysia adalah selama 20 min. Jika saya menggunakan produk yang mempunyai SPF 10 diatas kulit saya, ia akan melindungi kulit saya 10 kali lebih tinggi.
Cara kira:
10 x 20 min= 200 min (3 jam 20 min)
Ini bermaksud saya perlu letak produk SPF 10 ini setiap 3 jam untuk melindungi kulit saya, atau saya kena menggunakan produk SPF lebih tinggi.
What if im indoor? Do i still need to apply sunscreen?
It depends. To be safe I usually apply for 12 hours in a day.
Jika saya di tempat tertutup, perlukah saya menggunakan sunscreen?
Itu terpulang kepada anda. Macam saya memang menggunakan selama 12 jam sebab malas nak sapu tiap kali nak keluar.
How does whitening products effects my SPF?
When you use a whitening product, your melanin production is reduced; therefore your natural 'SPF'; is also reduced. Due to that you must use sunscreen (click here to read more about it).
Everytime you use a whitening product; the fairer you become you will require more SPF. Example if i was dark today, my natural SPF will be for 20 mins. 3 weeks later, i might be slightly fairer due to the whitening product. That time my natural spf will change probably to 10 mins. 3 months later if im fairer it will be different maybe 5 mins.
So thats why when using whitening product. Always try to protect your skin from sunscreen. There is no way of knowing how much of SPF you need when you use a whitening product so get the one with the highest SPF.
Bagaimana Produk Whitening Menggangu SPF saya?
Apabila anda menggunakan produk whitening, kandungan melanin di atas kulit anda akan dikurangkan. Ini bermaksud SPF natural kulit anda juga akan berkurang. Oleh itu anda mesti menggunakan sunscreen (klik disini untuk mengetahui lebih lanjut)
Setiap kali anda menggunakan produk whitening, anda akan menjadi lebih cerah dan anda akan memerlukan SPF yang lebih tinggi. Contohnya hari ini saya gelap, SPF natural kulit saya adalah 20 min. 3 minggu dari sekarang, selepas menggunakan produk whitening, SPF natural kulit saya akan bertukar ke mungkin 10 min. 3 bulan nanti bila kulit saya dah sangat cerah, SPF natural saya mungkin akan menjadi 5 min sahaja.
Sebab tula masa menggunakan produk whitening anda mesti menggunakan produk yang mempunyai SPF. Anda tidak akan tahu berapa banyak SPF yang diperlukan oleh itu selalu menggunakan yang mempunyai kandungan SPF yang tinggi.
How Do We Make SPF products
Now although i just love to make my own products, SPF containing product is one thing that i do not wnat to make and i dont advice you to make it too.
Although Zinc Oxide and Titanium Dioxide are some of the ingredients that can be used for making SPF product, and even if you use the percentage thats recommended by the supplier, Without the machines etc, its really difficult to predict what kind of SPF a product will give.
I had made my zinc oxide sunscreen before using 25% zinc oxide and its supposedly gives SPF 25. But when i send to the lab for testing, it didn't even give me half of the SPF! Therefore i really do not advice you guys to make your own sunscreen product.
If you do want to make, this is the general suggestion by the suppliers:
- 1% Soap Lab's Titanium Dioxide /Zinc Oxide = SPF 1
How to calculate percentage, click here
Again, we in Soap Lab Malaysia DO NOT ADVICE you take make your own sunscreen unless you will send to lab for SPF testing everytime you produce one. (BE RESPOSIBLE SELLER!)
Bagaimana Membuat Produk SPF?
Ni la masalah terbesar kita sebenarnya. Walaupun saya sangat suka Membuat produk sendiri, produk yang mempunyai SPF ni tak Leh nak main-main. Memang kena tepat kalau tak dapat sunburn la kita kan. Oleh itu memang saya tak menggalakkan anda membuat sendiri produk yang mempunyai SPF sebab memang tak boleh nak predict berapa SPF anda akan dapat. Saya dah pernah buat dan walaupun supplier kita kata bahan seperti zinc oxide dan titanium dioxide boleh digunakan untuk membuat produk yang mempunyai SPF mengikut peratusan yang ditetapkan, apabila kami menghantar ke lab untuk mengira SPF, didapati tak mencapai setengah pun SPF yang ia sepatutnya beri.
Masa tu saya membuat Zinc oxide 25% didalam Lotion Base kami. Sepatutnya kalau mengikut supplier kami, 25% tu memberikan kami SPF 25. Tapi bila di hantar ke lab, SPFnya tak sampai setengah pun!
Oleh itu kita di soaplab memang tak menggalakan anda membuat sunscreen kecuali jika anda menghantar produk anda untuk sampel di Lab setiap kali ianya dibuat untuk melihat SPF sebenar.
Kalau nak juga buat ni cara anggaran kira dari supplier kami:
- 1% Soap Lab's Titanium Dioxide/ Zinc Oxide = SPF 1
klik disini untuk mengetahui bagaimana mengira peratusan.
Sekali lagi kami di Soap Lab Malaysia TIDAK MENGGALAKKAN anda membuat sendiri sunscreen sendiri kecuali jika anda menghantar ke lab untuk check SPF setiap kali anda membuat produk anda. memang mahal tapi jadi lah penjual yang bertanggungjawab yea.
Thank you for reading. If you have any questions please leave a comment below thank you.
Terima Kasih kerana membaca. Jika ada sebarang soalan sila tinggalkan komen dibawah. terima kasih.
Post a Comment
Please Whatsapp Us at 0126643817 for any enquiry